TRAGEDI BATANG KALI TANDA UNTUK PENYATUAN KAUM DI MALAYSIA?
Sumber: MStar
Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsaTragedi Batang Kali yang dilaporkan berlaku pada awal pagi 16 Disember. Nanti saya akan upload kronologi berkaitan tragedi ini setelah semua mangsa ditemui.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila tragedi ini berlaku, kita dapat lihat bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama menghulurkan bantuan dari segi tenaga, wang ringgit dan doa. Sudah pastinya, segala pujian harus diberikan kepada pihak berkuasa yang sedaya upaya menggerakkan segala fasiliti dan hubungan yang ada untuk memastikan mangsa dapat diselamatkan seawal yang mungkin. Notis larangan pula segera dikeluarkan oleh majlis bandaran kepada tapak perkhemahan yang lain bagi mengelakkan kejadian yang serupa terjadi lagi.
Namun, kurang sedap pulak apabila ada sesetengah manusia (saya pasti mereka syaitan bertopengkan manusia) yang sanggup mempolitikkan perkara ini. Masih lagi salah menyalahkan antara satu sama lain, menyiasat kerajaan mana, parti mana bahkan kaum mana yang bertanggungjawab dan patut di letak segala kesalahan. Ini kah masanya? Masa yang sangat sesuai untuk kita buat begitu semasa ada nyawa yang melayang pada masa ini? Elok rasanya jika mereka menadah tangan (berdoa mengikut agama masing masing) agar mangsa segera ditemui dan pihak yang terlibat dijauhkan daripada sebarang bencana kerana mereka di kawasan yang berisiko.
Malah ada pula buat tidak endah kerana hampir kesemua mangsa bukanlah Melayu Islam. Apabila bencana berlaku, bukankah sepatutnya kita mengambil iktibar dan lebih berhati hati. Bukannya meneliti senarai nama, bangsa apa yang menjadi mangsa.Oh Malaysia....
Bukan buat tidak kisah, apatah lagi tragedi tanah runtuh boleh berlaku dimana sahaja tanpa kita sedar. Mungkin kita yakin nasib kita baik, perkara sebegitu tidak akan berlaku kepada kita, kita berada di tempat yang selamat. Hakikatnya malang tidak berbau. Mangsa juga pasti tidak meminta perkara ini berlaku.
Lupakah semua, semasa banjir di Shah Alam yang terjadi pada tahun lepas, pelbagai bantuan datang? Tanpa mengira siapa anda, apa bangsa anda dan agama anda, tidak pula mereka melihat warna kulit dulu, baru mahu bantu. Semua saling mendoakan walaupun berbeza agama.
PRU 15 PENYEBAB UTAMA?
Pasti ramai yang sedar dan tahu, sejak tarikh pemilihan raya umum ke 15 diumumkan pada 19 Oktober lalu oleh SPR, pemainan media sosial yang melibatkan sensitiviti kaum semakin ketara dan menjadi jadi. Apatah lagi tiada pihak yang menapis dan memantau aktiviti aktiviti tersebut. Semuanya seperti membenarkan sahaja perkara sedemikian berlaku atas nama meraih undi demi parti pilihan masing masing. Tidak kira Cina, India, Melayu, Sabah dan Sarawak, semuanya sama sahaja. Pejam mata, asal menang dan berkuasa. Oh Malaysia.....
Apabila sudah terbentuk kerajaan, barulah hendak diharamkan, diberi amaran, tetapi tidak didakwa pula si tukang upload. Oh Malaysia....
Pinggan yang sudah retak, ibarat menanti masa untuk terbelah. Sedangkan apabila pinggan yang kita sayang retak, bukankah kita akan membaikinya tanpa megira wang ringgit, tenaga dan masa. Kita bawa kepada mereka yang pakar, yang mungkin upahnya beribu. Kerana apa? Kerana kita terlalu sayangkan pinggan tersebut, dan mahu menghargainya.
Begitulah negara kita Malaysia. Sistem yang ada, saya akui sebenarnya telah meretakkan hubungan perpaduan rakyat kita. Sistem pendidikan kita terpisah, lokaliti kaum juga terpisah. Bagaimana mahu membaiki keretakkan itu jika kita terlalu takut membaikinya. Ambil langkah, keluarkan wang, jana segala idea dan tenaga. Kita perlu bersatu, kerana yang tahu jer tahu siapa yang menunggu masa untuk kita semua hancur.
Adakah pesanan ini hanya untuk kaum Melayu sahaja? Tidak. Bahkan untuk semua kaum. Anda India? Anda Cina?Anda Iban? Anda Sikh? Anda Siam? Anda kacukan? Marilah bersatu. Kita sokong program kerajaan untuk membaiki semula pinggan yang sudah retak ini.
Jika Pinggan Sudah Retak,
Nasi Sudah Dingin,
Awak Semua Tak Nak?
Maaf, Tapi Saya Ingin.
.jpg)

Comments
Post a Comment