ADAKAH BERHENTI TANDA AKU LEMAH?
Dalam hidup ini pasti ada sahaja dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Dari mula kita bangun pagi buka mata sampailah kita nak tidur melayan mimpi. Syaitan pon masih membisikkan godaannya walaupun kita dah di hujung hujung nyawa tau. Tak tahulah bila mereka rehat.
Tapi, pernah tak korang rasa jalan yang korang ambil tu bukan jalan yang korang nak. Walaupun korang yang beria pada mulanya. Walaupun korang yang mulakan. Walaupun korang yang paling gembira sekali bila benda tu korang dah dapat. Dan benda tu berjalan dengan baik sekali, macam Allah reda dengan jalan yang kau pilih.
Tapi, akhirnya terpaksa melepaskan sebab dah tak sanggup berlawan dengan perasaan sendiri. Rasa macam tak boleh dah nak buat walaupun korang dah paksa diri sangat sangat. Dan deperession mula mencengkam. Padahal kita solat, ngaji dan segalanya. Tapi still rasa kurang gembira. Masa tu, kita akan terfikir, aku ke yang lemah? Orang lain semua elok jer, mereka jalani kehidupan yang jalan cerita hampir sama dengan korang, and they turned up fine like hella. But you?
Kau memilih untuk berhenti, walaupun perit dan sakit, tapi itu yang kau nak. Kau memilih untuk berhenti, walaupun teragak agak pada mulanya, tapi kau nak. Sekali ada hentakan (peristiwa) yang menguatkan lagi kau untuk berhenti, dan kau pun berhenti.
Sakit kan, sebab benda yang kau impikan, tapi kau tak boleh dah nak hadap. Sekali kau pilih untuk berhenti. Tapi berhenti bukan bermakna kau gagal. Cuma, kau mungkin kembali kepada titik permulaan dan cuba untuk cari pengalaman lain dan kerja lain atau minat lain yang mungkin kau sebenarnya ada bakat atau kebolehan tanpa kau sedar. Kadang manusia perlu melalui satu peristiwa atau kejadian yang membolehkan manusia itu menonjolkan potensi diri dia yang sebenar.
Benda yang kau impi tu, insyaallah kau akan dapat, cuma perjalanan mungkin berubah, cara nak sampai pun berubah. Tapi jika ada rezeki tak kemana. Yang penting kena berusaha dan tawakal kepada Allah. Jika rasa perit sangat, berzikir dan bangun tahajud. Mungkin tak mengubah apa apa. Tapi memberikan ketenangan kepada emosi muda kita yang sentiasa berkecamuk dengan faktor persekitaran.
Allahuallam.

Comments
Post a Comment