RINGKASAN GARIS MASA PRU 15
Tahniah Malaysia! Saya Bangga Dengan Anda! Alhamdulillah, setelah hampir seminggu selepas pilihan raya Malaysia ke 15 diadakan, instituisi raja di Malaysia yang diketuai Yang Dipertua Agung dan dengan sokongan ADUN yang dijemput memberikan pandangan kepadanya telah memutuskan melantik Dato Ser Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10. Konflik yang terjadi akibat tiada majoriti parti yang memenangi Pilihan Raya ke 15 telah menyebabkan pembentukan kerajaan tidak berlaku senormal pilihan raya yang lepas. Pakatan Harapan yang memegang sebanyak 82 kerusi parlimen dan Pakatan Nasional yang memegang 73 kerusi saling tidak mengalah untuk memastikan pembentukan kerajaan berlaku secara cepat. Lalu, YDPA telah menjadi orang tengah dalam memastikan kerajaan yang dibina nanti adalah kerajaan yang benar benar utuh dari segi sokokngan ahli Parlimen. Hal ini kerana untuk mengelakkan apa yang terjadi semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, yanag mewakili parti Pakatan Harapan pada pilihan raya yan...